Bukan sekadar stuck pada sales yang sama, tapi makin drop dan sendu. Pening kepala fikir nak bayar hutang dan kos hidup makin meningkat
Banyak sangat platform social media pun menjadi masalah, tak tahu nak fokus yang mana, dan masalah paling besar adalah semua nak buat sendiri.
Bila marketing pun tak kuat, tak ada hala tuju, inilah akibat dia. Pelanggan pun tak tahu anda berniaga lagi atau tidak
Dah macam biskut bila kejap-kejap buat posting, kejap tak buat. Pelanggan pun kurang yakin sebab tak konsisten. Macam mana nak viral.
Tiada pelanggan baru, sebab marketing anda buat tak sampai pada audience yang tepat. Bakal pelanggan tak tahu apa bisnes anda.
Tiada idea content yang menarik, asyik ambil content orang dan post. Audience pun jadi bosan dan lari kepada pesaing yang lebih informatif dan menarik
Saya Najib Asadddok, anda mungkin nampak saya di sosial media, di billboard sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan atau pernah dengar saya di Radio. Saya seorang Usahawan yang berpengalaman dalam dunia perniagaan sejak 2004. Fokus saya selama ni adalah membantu Usahawan dalam latihan pemasaran digital.
Saya juga mempunyai latar belakang pendidikan Master In Business Administration dari Anglia Ruskin University UK dan juga sedang mengikuti pengajian Doctorate Of Business Administration di Open University Malaysia untuk tahun ke 3.
Saya bersyukur dalam bidang training kami telah membantu lebih 85,000 Usahawan yang hadir ke sesi training yang kami jalankan dan ramai kalangan mereka yang mendapat kejayaan yang luarbiasa dari segi jualan.
Selain itu saya juga bersyukur telah mendapat beberapa pengikitirafan di peringkat tempatan dan Antarabangsa.
Memasuki tahun 2023, kami tidak lagi fokus kepada training semata-mata, malahan kami tahu terlalu ramai usahawan tak mampu nak apply sendiri ilmu yang mereka ni dah pelajari. Maka kami memperkenalkan Momentum Digital sebagai salah satu platform untuk kami bantu usahawan buatkan semua proses A-Z dalam pemasaran digital. Menarikkan !